Punca motor 4 Lejang keluar asap putih/hitam

Ada beberapa sebab motor anda keluar asap putih ataupun hitam.

Sebab yang pertama adalah, ring piston motor anda sudah haus. Ini menyebabkan minyak hitam anda tembus  ke bahagian ruang pembakaran. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menukar ring piston sahaja jika dinding silinder tidak haus.

Sebab yang kedua adalah, Oil seal injap atau valve seal bocor. Masalah seal injap bocor boleh menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam ruang pembakaran.

Sebab yang ketiga adalah, dinding silinder blok haus. Kesan silinder haus lebih kurang dengan masalh ring piston haus iaitu minyak hitam tembus ke bahagian ruang pembakaran dan menyebabkan asap keluar dari eksos motor anda.

Sebab yang keempat adalah juga boleh disebabkan valve motor anda bengkok. Jika valve bengkok, valve tidak dapat menutup rapat lubang injap dan menyebabkan minyak mengalir masuk ke bahagian ruang pembakaran

Selain daripada sebab sebab di atas, terdapat juga masalah lain seperti salah pasang alat ganti, penggunaan alat ganti yang tidak berkualiti dan sebagainya.

cara penyelesaian:
Untuk menyelesaikan masalah masalah tersebut saya sarankan untuk hantar motor anda ke bengkel motor yang berdekatan jika anda tidak ada pengalaman untuk membaikinya sendiri. Dan saya juga sarankan gunakan alat ganti yang berkualiti tinggi jangan merungut harga alat ganti yang berkualiti terlalu mahal sebab ia berbaloi juga dengan ketahanan alat ganti. Jangan gunakan alat ganti yang tidak berkualiti jika mahu motor anda boleh bertahan lama.

Sekian terima kasih. Harap dapat membantu kepada yang memerlukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Setting Karburator motor Kriss 100/Ex5

Cara mengetahui Oil Pump Kriss/Ex5 berfungsi atau tidak.

cara penjagaan enjin motorsikal