Cara mengetahui Oil Pump Kriss/Ex5 berfungsi atau tidak.
1.Langkah pertama
- Buka penutup valve bahagian atas.
2.Kedua
- Hidupkan enjin motor dan rem selama beberapa saat dan perhatikan ada minyak keluar ataupun tidak.
-Jika tidak ada minyak enjin keluar, oil pump tidak berfungsi ataupun jaring tersumbat.
-Jika ada minyak enjin keluar, oil pump masih berfungsi.
-Jika minyak enjin yang keluar adalah sedikit juga boleh menjadi masalah sebab bahagian head memerlukan minyak pelincir yang cukup supaya dapat berfungsi dengan baik.
Kesan jika oil pump tidak berfungsi dengan baik:
Jika oil pump moto anda tidak berfungsi,maka minyak enjin tidak akan dapat masuk ke head.Ini boleh menyebabkan rocker arm,chamshaft rosak atau pun haus.Bukan sekadar itu sahaja, kegagalan oil pump untuk berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan komponen yang ada dalam head jammed dan ini merupakan perkara yang sangat bahaya kepada enjin motor kita.
Cara penyelesaian:
Untuk menyelesaikan masalah oil pump tidak berfungsi anda perlu membuka cover enjin sebelah kanan dan anda akan melihat oil pump motor ada.Sebelum buka oil pump,anda perlu periksa terlebih dahulu siringan dan jika tersumbat maka oil pump motor anda masih okey cuma siringannya tersumbat.
Sekian sahaja blog kali ini
Sekian terima kasih.Semoga dapat memabantu kepada yang memerlukan.
Ulasan
Catat Ulasan