cara penjagaan enjin motorsikal

Penjagaan motorsikal anda adalah sangat penting untuk mengelakkan enjin motor tidak cepat rosak atau tidak cepat bermasalah. Kerosakkan yang selalunya berlaku adalah seperti timing chain bunyi, keluar asap hitam atau putih dan sebagainya. Semua kita tahu lah motor semua pandai rosak kan heheh. Tapi lebih baiknya kalau kita jaga motorsikal kita sebaik mungkin supaya jangka hayat motor kita lebih lama. Sebab, jangka hayat motor juga bergantung kepada cara penjagaan dan cara penggunaan kita. 

Okeyy sini saya akan kongsikan beberapa cara kita untuk menjaga motor kita supaya tidak mempunyai kerosakkan terlalu cepat. 

Tips yang pertama adalah: Services Minyak hitam.

Hal ini adalah perkara yang sangat penting untuk kita lakukan. Ini kerana, kalau kita tidak tukar minyak hitam enjin motor terlalu lama, maka minyak hitam tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik seperti, minyak akan menjadi kurang likat atau pun minyak hitam akan cair. Seperti yang kita tahu, minyak hitam ini adalah sebagai minyak perlincir kepada komponen-komponen yang ada dalam enjin motor kita. Ini juga sedikit sama dengan enjin kereta dan enjin enjin yang lain. Semuanya memerlukan minyak pelincir. 

Jadi, untuk pernukaran minyak hitam, kebanyakkan motorsikal, kita perlu pastikan menukar minyak enjin setiap 5000-6000 kilometer. Kamu juga boleh baca di dalam manual yang diberikan oleh penjual ketika kita membeli motorsikal kita. Berapa lama perlu tukar? ok. Ini bergantung kepada jarak penggunaan motor kita ataupun kekerapan kita menggunakan motorsikal. Kalau jarak perjalanan jauh, kita perlu tukar dalam sebulan sekali. Atau lebih baik kita tengok jarak perjalanan dalam meter motor kita bermula selepas kita tukar minyak hitam yang baru.

Tips kedua adalah: Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum guna.

Hal ini juga tidak kurang pentingnya. Kita perlu running kan atau biar dia hidup dalam beberapa minit baru kita jalan. Sebab, kalau kita start motor dan jalan terus, minyak enjin belum naik ke keseluruhan bahagian komponen enjin motor kita. Ini boleh menyebabkan komponen dalam enjin motor cepat haus. Ini juga boleh menyebabkan enjin motor kita bunyi kasar dengan cepat. Jadi lebih baik kita biar enjin running dulu lebih kurang dalam 3 minit baru kita jalan.

Tips yang ketiga adalah: Penggunaan minyak 4T yang berkualiti.

Bila kita menukar minyak enjin kita, pastikan kita menggunakan minyak hitam atau minyak enjin yang berkualiti tinggi. Jika tidak tahu mana yang berkualiti, tanya lah pomen pomen motor yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Ini kerana, ada beberapa minyak 4T yang cair dan ada yang lebih likat. Yang cair tu memang kurang bagus untuk pelincir enjin motor kita. 

Tips yang keempat adalah: Service oil filter untuk motor yang ada oil filter.

Service oil filter ini sangat penting bagi mengelakkan ia tersumbat. Kita perlu service oil filter motor sekali sepelas 3 kali penukaran minyak hitam motor kita.


Okey sampai sini sahaja blog saya untuk kali ini. Marilah sama sama menjaga motorsikal kita dengan baik.

Sekian terima kasih. Semoga dapat membatu kepada yang memerlukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Setting Karburator motor Kriss 100/Ex5

Cara mengetahui Oil Pump Kriss/Ex5 berfungsi atau tidak.