Cara Setting Karburator motor Kriss 100/Ex5



Cara setting angin karburator motosikal. 



1.Pertama sekali, putar sedikit skru bahagian kana (Skru timing) kira-kira enjin motor tidak akan mati selepas skru angin ditutup.


2.Selepas itu, tutup  angin sampai habis mengikut arah jam dengan menggunakan pemutar skru. Selepas angin ditutup, bunyi enjin akan berbobot sebab campuran minyak dan angin tidak seimbang.


3.Selepas skru angin ditutup, perlahan lahan buka angin semula(lawan arah jam) sehingga mencapai rpm yang paling tinggi(bunyi enjin ke tahap yang paling besar). Pada tahap ini, walaupun skru angin dipusingkan lawan arah jam, tidak ada perubahan pada bunyi enjin motor. Anda perlu putarkan semula skru angin ikut arah jam sehingga ke tahap rpm yang paling besar tadi. 


4. Akhir sekali, putarkan semula skru timing lawan arah jam sehingga ke tahap yang anda inginkan. 


Ada beberapa tanda tanda angin dan minyak kaburator salah setting seperti tida boleh hidup atau pun motor susah nak hidup.Kalau boleh hidup pun bunyi motor akan berbobot dan sering mati.Salah setting juga boleh menyebabkan power motor berkurangan.








Ulasan

  1. Macam mana nak setting angin dengan minyak supaya boleh hidup

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara mengetahui Oil Pump Kriss/Ex5 berfungsi atau tidak.

cara penjagaan enjin motorsikal