cara cara untuk mengurus kewangan anda dengan bijak walaupun bergaji kecil

Dalam blog kali ini, saya akan mengongsikan beberapa cara ataupun tips untuk mengurus kewangan anda supaya anda tidak mengalami masalah kewangan.

Semuanya kita tahu bahawa semua orang tidak mahu terlibat dalam masalah kewangan. Kita tidak mahu kita mempunyai hutang dan bermasalah untuk membayar balik hutang tersebut. Hutang selalunya yang membuat kita pening dan stress. Oleh itu, belajarlah mengurus kewangan anda dengan bijak dan berkesan.

Cara yang pertama adalah: Buat simpanan setiap bulan.
Ini adalah cara yang baik untuk persediakan ketika menghadapi masalah yang tidak diingini pada masa yang akan datang. Setiap kali terima gaji, kita haruslah membuat simpanan terlebih dahulu. Contoh simpan sebanyak 10%-15% atau terpulang kepada anda. Saya cadangkan untuk simpan duit dengan ASB. Jangan simpan duit dengan akaun simpanan yang mempunyai kad ATM sebab senang cucuk untuk keluarkan duit.hihi

Cara yang kedua adalah: Dahulukan yang penting terlebih dahulu.
Kadang kadang ada di kalangan kita yang selepas terima gaji, terus mereka beli apa yang dia suka tanpa menilai tahap kepentingan penggunaan duitnya. Ada baiknya buat list barang yang lebih penting, bayar bil air, elektik dan apa apa yang penting terlebih dahulu. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri.

Cara yang ketiga adalah: Berbelanja ikut kemampuan bukan itu suka hati.
Jika tidak mampu, jangan berhutang semata mata untuk membeli barang yang untuk kepentingan. Melainkan barang yang tidak dapat dibeli seperti rumah, kereta, motor dan sebagainya.

Cara yang keempat adalah: Jangan menggunakan kad kredit.
Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan kita lebih sukar untuk mengawal perbelanjaan. Dan menyebabkan banyak kemungkinan kita berbelanja lebih dari mana yang kita mampu.


Sekian terima kasih. Semoga dapat membantu kepada yang memerlukan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Setting Karburator motor Kriss 100/Ex5

Cara mengetahui Oil Pump Kriss/Ex5 berfungsi atau tidak.

cara penjagaan enjin motorsikal