Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Cara Setting Karburator motor Kriss 100/Ex5

Imej
Cara setting angin karburator motosikal.  1.Pertama sekali, putar sedikit skru bahagian kana (Skru timing) kira-kira enjin motor tidak akan mati selepas skru angin ditutup. 2.Selepas itu, tutup  angin sampai habis mengikut arah jam dengan menggunakan pemutar skru. Selepas angin ditutup, bunyi enjin akan berbobot sebab campuran minyak dan angin tidak seimbang. 3.Selepas skru angin ditutup, perlahan lahan buka angin semula(lawan arah jam) sehingga mencapai rpm yang paling tinggi(bunyi enjin ke tahap yang paling besar). Pada tahap ini, walaupun skru angin dipusingkan lawan arah jam, tidak ada perubahan pada bunyi enjin motor. Anda perlu putarkan semula skru angin ikut arah jam sehingga ke tahap rpm yang paling besar tadi.  4. Akhir sekali, putarkan semula skru timing lawan arah jam sehingga ke tahap yang anda inginkan.  Ada beberapa tanda tanda angin dan minyak kaburator salah setting seperti tida boleh hidup atau pun motor susah nak hidup.Kalau boleh hi...

Cara mengetahui Oil Pump Kriss/Ex5 berfungsi atau tidak.

1.Langkah pertama    - Buka penutup valve bahagian atas. 2.Kedua   - Hidupkan enjin motor dan rem selama        beberapa saat dan perhatikan ada minyak keluar ataupun tidak. -Jika tidak ada minyak enjin keluar, oil pump tidak berfungsi ataupun jaring tersumbat.  -Jika ada minyak enjin keluar, oil pump masih berfungsi.  -Jika minyak enjin yang keluar adalah sedikit juga boleh menjadi masalah sebab bahagian head memerlukan minyak pelincir yang cukup supaya dapat berfungsi dengan baik. Kesan jika oil pump tidak berfungsi dengan baik: Jika oil pump moto anda tidak berfungsi,maka minyak enjin tidak akan dapat masuk ke head.Ini boleh menyebabkan rocker arm,chamshaft rosak atau pun haus.Bukan sekadar itu sahaja, kegagalan oil pump untuk berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan komponen yang ada dalam head jammed dan ini merupakan perkara yang sangat bahaya kepada enjin motor kita. Cara penyelesaian: ...